Monday 28 March 2011

doa utk ayah dan ibu DOA UTK AYAH & IBU

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai




P/s:ya Allah jadikanlah aq ank yg solehah...amin

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu
dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika
aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya
kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........

Wednesday 16 March 2011

mak sy kata dia rindu sy??

ermmmmmmmm,bila la aq nk balik kg ne?semua org dah rindu kat aq..tp nk wat cmne,aq pon rindu dorg gak..nk balik tp byk keje yg xsettle lg..kecut perut la..mcm kejap je masa berlalu..jep je nk msuk bln 4 n final exam sudeh..adakah aq sudah bersedia?ermmmm,mak ayah,abg n adik2 sabar ye..aq syg awok2 sume..insya'allah bln 4 t akak balik ye..doakan kejayaan akak n kwn2 akak kat sini tw..doakan kami semu dpt smbung dgree ye...

Thursday 24 February 2011

fustal time@_^

hari sabtu ne,hambe n teman2 ada perlawanan futsal antara part utk fakulti BM111..doakn pemain2 team futsal kami BM1116A Nfar Eb,Nur Shafina,Ku Nur,Najah Abdullah,Syaqieylla AnuarAnggErik Ungu..semoga anda m'nembusi gawang pihak lwn.menang@ kalah bkn ukuran,ap yg penting krjsma..(bak kata wonderpets)..kami xbesar dan kami xkuat,bila berkerjasama semua jadi mdah.yeah3x..all the best u all

Wednesday 23 February 2011

hari ini dlm sejarah @_*

 mood: gembira dlm sedih. + sedih dlm gembira = perasaan hambe..begitu byk kejadian yg terjadi dlm satu masa td....maaf ye semua..sama ada mereka yg terlibat secara langsung or tidak lansung..begitu byk pengajaran dan nasihat yg hambe terima dr cikgu hambe serta meyedarkan  hambe dr lamunan..walaupon kata2 nya td pedas sehingga membuat hambe merasa sedih dan menitiskan air mata namun hambe redha dan berasa bangga sb beliau masih sygkan hambe..beliau mahu melihat hambe berjaya dan lulus dgn cemerlang..pernah dengar x?A= untuk Allah,B= untuk sy dan C =untuk awk..

p/s:belajarlah dari kesilapan..kadang2  mereka marah bukan bererti mereka benci,mereka marah kerana mereka masih syg akan kita sb tu mereka masih mengambil berat pasal kte..@_8

Friday 18 February 2011

1st ada blog sendiri @_@ huhu....

assalamulaikum kwn2..erm,alhamdulilah akhirnya tercapai juga impian hambe nk ada blog sendiri..huhu..pertama kalinya,hambe ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada teman baik hambe iaitu saudari farhah di atas kesudian beliau utk mengajar hambe utk membuat blog 'ungu violet' ne..happy sgt2,hanya Allah s.w.t je yg thu betapa gembiranya perasaan hambe time tu.. thank u ALLAH..yahoooo..kepada kwn2 yg terbace or terbuka  blog hamba ne sudi2kn lah diri tu utk menjadi follower hambe ye..salam perkenalan buat semua..



ne lah dia teman baik merangkap kakak hambe..so cute kn..huhu